Wednesday, February 23, 2011

Hisap, Jangan Tak Hisap!! Arghhh

Sudah bertahun-tahun agaknya gua duduk kl ni. Sejak dapat masuk sekolah lelaki lah gua dapat merasa tinggal di kl ni.. Dan seyesly bagi gua duduk kampung lagi best.. Yelah, kalau orang yang asal-asal kl mestilah cakap kl ni best kan.. aigoo hamzah~

semalam gua tengok mmbe gua minum ais krim..

kalau dulu-dulu masa gua kecik selalu je gua pergi umah makcik apa ntah nama beliau dan gua beli aiskrim batang.. Ada perisa milo, jagung, sirap, kacang, kadang-kadang ada perisa durian, ada perisa jeruk dan juga perisa gua tak ingat dah.. grr..
dulu beli sepuluh sen sahaja sebatang.. Jalan kaki pergi masjid. Odw pergi masjid singgah rumah makcik tu.. pintu pagar terbuka luas, dan gua terus ke bahagian dapur kat belakang rumah.. Nak kata makcik tu nak kaya sebab jual aiskrim batang? naaahh.. mungkin aiskrim tu beliau buat sebab air sirap tak habis, mungkin bubur kacang semalam tak habis, mungkin air milo semalam tak habis, mungkin juga durian banyak takde orang nak makan.. har har har

Sekarang ni gua tak pasti makcik tu hidup ke tidak, pintu dapur belakang rumah beliau sentiasa terbuka atau tidak.. mungkin dah tak jual aiskrim batang agaknya.. kalau beliau masih jual sekalipun takkan la gua nak masuk kawasan rumah orang lain untuk beli aiskrim harga sepuluh sen kan?